Salam,
Hi, salam maal hijrah.
Buat usahawan VeMMA, apa kabar bisnes VeMMA anda? Jawapan yang selalu kita dengar. "Lumayan!!". Sememangnya bisnes VeMMA memang lumayan jika dilakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Menjalankan bisnes VeMMA tidak perlu mencipta roda baru. Ikut sahaja jalan-jalan leader yang berjaya. Saya ingin membawakan satu kata-kata,
'when you thinking too much, you will be paralyzed'-Maknanya: apabila anda berfikir terlalu banyak, anda akan lumpuh
Kata-kata tersebut ada kebenarannya. Bukan tidak boleh berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan, bahkan digalakkan supaya kita membuat keputusan dengan wajar dan bijaksana. Tetapi jika terlalu berfikir kepada perkara yang belum mampu dicapai dan belum tentu terjadi apatah lagi belum berlaku, maka ia akan memberi kesan buruk pada diri sendiri. 'Terlalu risau'.
'Risau itu perlu dan wajar, tetapi terlalu risau itu sudah berlebihan.Takut itu wajar dan perlu, tetapi terlalu takut itu sudah berlebihan'-MII
Boleh tangkap apa yang saya sampaikan kan.Pengalaman saya di dalam perniagaan mengajar kepada saya untuk sentiasa bersikap sederhana dalam segala aspek. Berharap itu perlu kerana harapan ialah DOA. Tetapi,
'Apabila anda terlalu berharap, maka anda sebenarnya sedang menempah kekecewaan'-MII
Di dalam perniagaan saya, pernah prospek@ pre enroller bertanya kepada saya,
"En Izaidi, saya sangat berminat dengan bisnes Vemma, tetapi, macam mana nak mulakan? saya tak pandai IT, saya sibuk, saya tak pandai promosi, saya fail berkali-kali, macam mana kalau saya tak dapat downline@rakan niaga? Berapa income saya bulan ni? Lama dah ke join bisnes ni? Berapa dah income awak? Boleh ke saya buat Vemma ni? Boleh ke saya menaja? Saya tak suka cari orang? Boleh ke awak carikan downline? Saya tak tau la nak start macam mana? Saya duduk jauh dari KL? Bini saya tak setuju MLM? Mahalnya produk Vemma ni? Kena beli bulan-bulan ke?Saya takda modal? Kalau saya mula dengan RM69 berapa income saya? Boleh ke saya buat bisnes Vemma ni? Saya pening la En Izaidi..Tak tahu macam mana nak buat Vemma ni.."
Punya la panjang kan soalan dia.
Jawapan saya.
Tak tahu tak yah le join..hi..hi..Tapi kalau mahu tahu dan mahu belajar, mari saya bimbing dan tunjukkan jalan yang betul!
Titil tolaknya berbalik kepada KEMAHUAN! Jika anda memang berkemahuan menjalankan sesuatu perniagaan, maka carilah mentor anda. Tanyakanlah pada mentor anda CARA menjalankan dan mendapat income dari perniagaan tersebut. Bukan sibuk tanya benda yang kurang perlu.
Mana lebih PENTING dan PERLU?
Mengetahui cara mendapatkan income atau mengetahui income mentor/leader anda?
Mengetahui jalan menjalankan perniagaan atau memberikan alasan dan keluhan?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!
Sekian sahaja,
Jumpe lagi!
1 comments:
Kata Dato' Dr. fadzilah kamsah "kita boleh buat alasan, atau kita boleh buat duit. Kita tidak boleh buat kedua-duanya.."
Catat Ulasan