Salam Merdeka Usahawan VeMMA...
Hari ni saya tak mahu sentuh tentang VeMMA..He..he..Tetapi nak sentuh sikit tentang isu Ganyang Malaysia yang diuar-uarkan oleh Rakyat Indonesia baru-baru ini..
Hari ni semua tahu, Tanggal 31 ogos merupakan detik bersejarah Malaysia..Iaitu peristiwa kemerdekaan..Tetapi hari ini kita semua rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa ketidakpuashatian segelintir rakyat Indonesia yang tidak berpuashati dengan penahanan nelayan mereka yang ditahan oleh kerajaan Malaysia kerana telah memasuki sempadan perairan negara kita..
Saya terkejut sangat dengan berita hari ini yang keluar di berita harian. Tahu apa kata2 mereka yang agak lancang?
"Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami"
Bahkan tidak cukup lagi penghinaan terhadap Malaysia, mereka dengan berani membakar bendera Malaysia! Ish3..Sedihkan..Mana rasa hormat menghormati sesama negara Islam..
Padahal kita semua tahu bahawa negara Indonesia dan Negara Malaysia adalah bersaudara...Bersaudara? Ya bersaudara dalam Islam..Indonesia tersenarai sebagai sebuah negara Islam yang besar penganut Muslim nya di dunia...Tetapi kenapa dalam hal begini tidak boleh dibawa bincang baik2 sebelum melakukan sebarang tindakan yang menghina dan merendahkan...
Kita semua tahu Indonesia sebuah negara yang sangat bebas dalam berfikir.Mahasiswanya bebas mengkritik kerajaan..Tidak seperti Malaysia..Tetapi kebebasan berfikir yang tidak dibataskan oleh syariat Islam telah menyebabkan musnahnya ketamadunan akhlak Islam itu sendiri..
So. renung2kan...(,")..Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan..
0 comments:
Catat Ulasan